July 11, 2011

Bye College 2011

Assalamualaikum.
Last saya habis sekolah 24 june. Sejak hari itu saya langsung tak pergi sekolah sampai lah sekarang. Baru baru ni saya rindu dekat sekolah saya dan secara kebetulan ada dua orang kawan saya ada dekat sini lagi. Saya pergi sekolah buat kali terakhir , ambik gambar dekat situ , sunyi je sekarang college tu. Selama enam bulan sekolah dekat situ , banyak sangat kenangan yang saya tak boleh nak lupa sampai bila bila. Ramai kawan kawan saya pergi bercuti , saya dekat sini sibuk packing barang. Lusa contena sampai, kena angkat semua barang barang ni. Barang barang tu sampai malaysia bulan depan , bulan puasa. Bila semua dah settle baru la rilex.

  entrance college

College Bourgchevreuil are the best!

June 27, 2011

Lots of activities

Assalamualaikum

Last week betapa sibuknya saya dengan activity sekolah sampai tak sempat nak update . Seminggu saya tinggal blog saya ni hihi .
 
Thursday. Finally saya dress up like a Minnie Mouse . Betapa ramainya orang dress up hari khamis tu . Pagi tu semua jumpa dekat padang bola then semua jalan ramai ramai ke sekolah , bila dah sampai sekolah tiba-tiba semua pintu ditutup . Guru besar dan cikgu cikgu tak dibenarkan kami semua masuk dengan pakaian macam tu , kami semua kena buat satu pusingan sekolah . Huh memang penat la . Dah buat satu pusingan pun cikgu tak dibenarkan kami masuk jugak , semua buat plan nak panjat panjat pagar . Dua jam kemudian kawan saya call mak dia , mak dia pun datang jumpa guru besar . Memang gempak la time tu , sampai masuk newspaper dekat sini . Police semua ada time tu . Finally dapat masuk jugak and semua kena sign dekat satu kertas mengata bahawa dibenarkan masuk tetapi tidak boleh buat bising . Bila dah masuk semua buat bising jugak , cikgu dah memang tak boleh buat apa time tu sebab kami semua ramai , nak denda pun tak boleh . Kami bebas . Memang happening sangat time tu . Gambar dah upload dekat facebook .

Friday. Bertolak ke Normandy pukul 8 pagi sampai dalam pukul 10:30 pagi . Pening duduk dalam bus lama lama rasa nak termuntah . Mana tak nya sebab dengar music dengan kawan . Semua bawak ipod masing masing , saya pun bawak ipod saya hehe . Sampai terus pergi museum . Pergi tengok sejarah us dan german pasal perang dia orang ni . Cikgu bagi soalan tentang sejarah tapi saya sibuk ambik gambar dengan kawan-kawan hihi . Then jalan kaki pergi pantai , picnic dekat sana . Seronoknya picnic ramai ramai :) Hehe lepas tu pergi cemetery us pulak . Oh oh oh yang tu memang memang # kami semua jalan jalan dekat situ , saya memang tak boleh tahan la time tu sebab nampak tanda cross orang kafir ni . Ramai orang us datang Normandy untuk visit cemetery askar dia orang .  Sejam kemudian pergi cemetery German pulak . Penuh dengan tanda cross . Ya Allah macam mana la nak buat time tu :/ Lepas tu balik ke sekolah balik , sampai dalam pukul 6:30 petang . Parents saya datang ambik . Malam pulak ada festival of music .  Group sekolah pun ada time tu . Saya pun pergi la dengan kawan kawan , jalan jalan dekat situ . Beli candy floss . Ramai sangat orang malam tu , sebaik tak hilang . Balik rumah dalam pukul 12 malam . Satu hari jalan , sakit kaki . Memang hari yang memenatkan .

Sabtu pulak pergi shopping dengan kawan-kawan . Banyak beli sebab dah start sale .So in love cuz saya dapat handbag baru hehe. Banyak sangat shopping semalam . Malam tu pulak saya dan kawan kawan pergi tengok fireworks . Ohmygod bestnya .  Pumpumpum meletop habis . Memang enjoying this week . Lepas tu balik rumah pukul 12 malam lagi.  Balik terus tidur kuikui . Asyik balik malam je saya ni hihi . Dekat malaysia tak buat la macam tu bahaya haha . This week memang minggu yang memenatkan tetapi seronok with girls.

Gambar di Normandy



Picture of festival of music


# gambar fireworks tak banyak sangat sebab out of memory ahh err :P

Saya takkan pernah lupa semua hari itu . Tahun ni last saya dengan mereka dan last saya buat semua tu .  Assalamualaikum :)